Lama betul tak menulis... Sibuk ke.. malas ke.. hmm.. Yang pastinya 'malas' menguasai segalanya....hahaha..
Pada 11/2/2010 aku menjalani operation buat kali kedua kat Damansara Specialist Hospital (pertamanya pada April 2008 PUSRAWI) kerana ada cyst kat ovari aku.
Cuma pada kali ni bukan cyst je yang doktor jumpa... ada pulak benda lain yang mengganggu pertemuan tiub fallopian ngan ovari aku... Seems like yellow liquid yang melitupi ruang tu. Sampaikan melekat-lekat hingga ke usus aku... Pelik tul penyakit nih.. Tu yang aku rasa sakit amat sangat masa period hari tu.

Kalau dulu memang ada cyst kat ovari kanan and sedikit kat sebelah kiri... Kali ni cyst ada sedikit je kat sebelah kiri tu..

Insya Allah lepas ni takde lagi benda-benda pelik wujud dalam badan ni. Umur pun makin meningkat... Semua tu mengajar erti sayangkan diri sendiri sebenarnya. Lebih menghargai setiap detik yang dikurniakan...Aminnn..
No comments:
Post a Comment