Thursday 30 September 2010

URUTAN TRADISIONAL


Sedikit info untuk dikongsi bersama....

Selepas melahirkan anak, kebanyakan wanita sudah pasti akan mengadu bahawa tubuh badan mereka sudah 'lari'. Tubuh mereka tidak lagi seperti mereka masih anak dara. Selepas bersalin, tubuh terasa menggeleber atau longgar sana sini. Ini tidak termasuk lemak yang terkumpul di bahagian-bahagian tertentu tubuh.
Pada ketika ini ada yang mula mengambil pil-pil kurus dan mengikuti program menguruskan badan di pusat-pusat kecantikan. Ada yang berjaya dan ada yang tidak walaupun duit telah habis beribu-ribu.
Sebenarnya tidak mustahil seseorang wanita itu untuk mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuh mereka. Sekiranya mereka mengikut amalan tradisional seperti berpantang, terutamanya selepas bersalin pasti tubuh mereka akan langsing semula. Apa yang penting adalah kesungguhan dalam diri mereka untuk melakukannya.
Bagi anda yang ingin langsing, mungkin amalan berpantang ini boleh diikuti:-



  1. URUTAN
    Matlamat utamanya ialah untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin. Amalan ini tidak boleh dilewatkan kerana badan akan berasa sengal-sengal sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini. Bahagian yang diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.



  2. BERTUNGKU
    Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan darah kotor dalam badan terutama saki baki darah beku, buang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif daripada bertungku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak daripada biasa. Selama tempoh berpantang, amalan ini perlu dilakukan selama 45 minit setiap pagi dan petang.



  3. BERTANGAS
    Rawatan ini bertujuan untuk membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ia penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan dengan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.



  4. BERBENGKUNG
    Tujuan rawatan ini ialah untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ramping. Anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis pantang terutama ketika waktu makan. Selain dapat mengelakkan masalah perut buncit, ia turut berfugsi untuk mengembalikan kedudukan peranakan.
     

  5. MANDI REMPAH RATUS
    Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada pagi hari ketiga dan akan terus mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang biasa digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, temu pauh dan temulawak. Selain daripada itu, isi halia dan lengkuas turut digunakan.



  6. MEMAKAI PARAM DAN PILIS
    Rawatan luaran juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman. Ini dapat dilakukan dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi. Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Dalam pada itu, kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin, mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.



  7. MINUM JAMU
    Amalan ini dapat membantu memanskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, melawwas pembuangan air besar, menghindar keputihan berlebihan dan menyegarakan tubuh. Walau telah melepasi tempoh berpantang, and digalakkan minum jamu khusus selepas bersalin.

No comments:

Post a Comment