Tuesday 8 March 2016

Sabun Herba 'Handmade'




Dimulakan dengan "Bismillah..."

Dihiasi dengan "Zikrullah..."

Disudahi dengan "Alhamdulillah..."



Sabun Herba Handmade...Bahan natural...pelbagai herba...sesuai pelbagai jenis kulit yang rindukan penyembuhan secara natural...Penggunaan secara berterusan dan istiqomah berserta niat yang ikhlas pasti akan mendapat hasil yang diingini....InsyaAllah...




SABUN CINNAMON

CINNAMON (kayu manis) merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia. Ejen yang berkesan untuk mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala. Sesuai digunakan seluruh tubuh.

CINNAMON treat skin naturally without any chemicals side effects.
An effective agent for reducing scars, acne and relieve itching of the scalp. Suitable for the whole body.
SABUN CINNAMON


SABUN LIMAU PURUT

Mengandungi asid sitrik semulajadi bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit. Juga menghilangkan kegatalan kulit serta merawat kulit bersisik. Biarkan seketika pada kulit sebelum dibilas.
Helps to get rid of skin irritations and treat scaly skin. Contain of natural citric acid to help skin moisture. Leave it for a while on the skin before rinsing.
SABUN LIMAU PURUT


SABUN HABBATUSSAUDA+VCO

Mengandungi serbuk habbatus sauda ditambah dengan minyak kelapa dara (VCO) yang mampu menyingkirkan kekotoran pada kulit disamping memberi lembapan semulajadi. Membantu proses pertumbuhan sel kulit baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
Contain of Black Seed powder with virgin coconut oil (VCO). Giving a natural moisture. Helping the growth of new skin cells and get rid of dead skin cells.

SABUN HABBATUSSAUDA+VCO


SABUN TAMARIND

Mengandungi vitamin C yang kaya dengan AHA dapat membantu melicin, membersih dan sekatakan warna kulit serta membantu menegangkan dan membentuk sel-sel baru kulit. Membuang kotoran degil di badan & mengurangkan masalah jerawat juga menghilangkan bau badan.

Rich of vitamin C, to smooth, clean and even skin tone. Form a new skin cells. Eliminate dirt on the body and reduce acne problems & also eliminate body odor.

SABUN TAMARIND
 

SABUN AWET MUDA

Mengandungi antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel. Ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj. Menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula. Mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin. Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

Contain of antioxidants that may slow the aging process. Eradicate the bacteria and germs that lead to bad odor on intimate area (faraj). Helps to tightened tissues inside ‘faraj’ especially after childbirth. The astringent inside ‘Manjakani’ also helps to prevent acne.


SABUN AWET MUDA

SABUN SERI WAJAH

Mengandungi kunyit, bahan yang mampu melawan keradangan kulit serta memberi kesan antiseptik kepada kulit. Membantu kulit lebih bercahaya, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen seterusnya meratakan warna kulit.

Contain of turmeric, a material that is able to fight skin inflammation as well as a skin antiseptic. Helps the skin more radiant, fight pigment problems and uneven skin tone.

SABUN SERI WAJAH








HERBAL BODY SCRUB

Mengandungi campuran rempah ratus dan oat. Sesuai untuk menanggalkan sel kulit mati, membersihkan serta menghaluskan kulit. Gunakan secara lembut sambil gosokkan pada seluruh badan dengan perlahan-lahan kerana kandungan bahan mungkin agak kasar sedikit.

Ideal for removing dead skin cells, cleanse and refine the skin. Use a gentle rub on the body. The content may be coarse. Contain a mixture of herbs and oat.

BODY SCRUB





Bagi yang ingin mendapatkan produk-produk ini sila hubungi 019-2468587.

" Back to Nature.....

........Anugerah Alam "




Tuesday 9 November 2010

PERUBATAN TRADISIONAL



Perubatan tradisional ialah sejenis perubatan pra-saitifik bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang diamalkan di barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu.

Perubatan tradisional terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-
a.                   Perubatan tradisional profesional.
b.                  Perubatan tradisional bukan profesional atau perubatan tempatan.

Perubatan Tradisional Profesional
Perubatan tradisional professional telah terbukti beberapa tahun yang lampau dan penggunaannya telah diamalkan oleh pelbagai peringkat kumpulan dan masyarakat sehingga kini. Konsep-konsep asasnya telah diterima manusia sejagat. Di antara ubatan tersebut ialah:-
a.                   Perubatan ayurveda diamalkan oleh masyarakat India.
b.                  Perubatan ginseng dan akupunktur diamalkan oleh masyarakat Cina dan telah sedia dimaklumi oleh orang-orang Asia.

Perubatan Tradisional Bukan Profesional
                Perubatan tradisional bukan professional mempunyai berbagai-bagai ciri-ciri tertentu dan telah tersebar secara meluas tetapi konsep dan kepercayaannya terbatas bagi masyarakat kecil diperingkat tempatan.
Perubatan tradisional mempunyai berbagai-bagai cara mengamalkannya mengikut adat dan budaya sesuatu kaum. Perubatan jenis ini dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu:-
1.                   Tradisi mengikut kelahiran.
2.                  Herba-herba sebagai ubatan.
3.                   Teknik-teknik khas seperti tulang-tulang asas.
4.                  Semangat dan agama sebagai penyembuh.

Perubatan Tradisional Bagi Masyarakat Orang Asli
Dikalangan masyarakat orang asli, mimpi sangat berperanan dalam keagamaan dan juga sistem perubatan tradisional. Melalui mimpi, pengamal-pengamal perubatan tradisional (bomoh atau pawang) yang dikenali sebagai “hala” mendapat ilham tentang jampi, nyanyian, cara mengubat penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus yang dikenali sebagai ‘superhuman’ dan sebagainya.

Tumbuhan dan Perubatan
Penggunaan tumbuhan di dalam system perubatan tradisi menunjukkan hubungan rapat antara manusia dan sekitarannya. Bagi masyarakat yang berhampiran hutan menggunakan tumbuhan hutan sebagai ubatan seperti daun mengkudu, daun geruda, daun ati-ati, pokok putat daun jambu dan sebagainya. Manakala bagi masyarakat pantai, mereka menggunakan tumbuhan pantai sebagai ubatan. Kajian mendapati tumbuhan pantai boleh merawat penyakit luaran, penyakit dalaman dan rawatan selepas bersalin.

Rawatan Wanita Bersalin
Kelebihan seorang wanita yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. ialah melahirkan anak. Semasa proses melahirkan banyak urat saraf yang halus terputus dan banyak tenaga telah hilang. Justeru itu urutan adalah salah satu rawatan yang bertujuan memulihkan kembali sistem saraf yang terganggu dan melancarkan peredaran darah bagi mengembalikan tenaga yang telah hilang. Dalam urutan bagi ibu yang bersalin ialah menggunakan bedak panas yang dinamakan param yang mengandungi campuran cekur, jerangau, bonglai, halia bara, lempoyang, daun pulut-pulut, ubu karot, kunyit dan daun pegaga yang disapu di seluruh badan. Bedak panas ini berfungsi menghalang kemasukan angin ke dalam badan melalui liang-liang roma. Param ini dapat menghaluskan dan menegangkan kulit serta memutihkannya. Bagi wanita yang mengamalkan penggunaan param ini akan kelihatan berseri-seri selepas habis pantang. Pada kebiasaannya urutan dilakukan dari bahagian kepada dan menurun ke bahagian kaki kerana dipercayai bahagian panas bermula dari kepala. Urutan boleh dilakukan sebanyak 3 kali, 5 kali atau 7 kali mengikut kemahuan ibu yang bersalin. Selepas berurut, ibu-ibu akan dipakaikan bengkung yang boleh membantu mengecilkan perut walaupun tidak 100% seperti sediakala. Bengkung ini boleh mengembalikan perut sebanyak 90% ke asalnya. Bengkung ini akan dipakai selama 44 hari kerana dengan menggunakan bengkung ini akan menjadikan gerak geri lebih yakin dan selesa dan kedudukan rahim akan lebih tetap.
                Di dalam mandian daun-daun sirih, daun nangka, daun serai dan daun halia akan dimasak dengan air untuk dijadikan herba mandian untuk mengelakkan sakit tulang dan badan akan sentiasa harum.
                Amalan bertungku pula adalah satu cara rawatan untuk mengecutkan rahim dan disamping itu boleh mengurangkan lemak-lemak di bahagian perut. Bertungku adalah ubat paling berkesan pada bahagian rahim.


REMPAH RATUS
Rempah ratus ini berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Bahan-bahannya seperti akar telunjuk langit, akar Siti Fatimah, tongkat Ali, akar tutup bumi, bunga pakma dan akar seringan. Daun dan akar kayu ini dicari dan digali jauh di dalam hutan. Setelah itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum, dijadikan serbuk atau dimasukkan dalam kapsul.
                Memakan rempah ratus dalam bentuk serbuk adalah lebih berkesan dan ianya akan lebih berkesan dengan mencampurkan sedikit madu dan telur ayam kampong. Akar kayu juga bagus untuk memanaskan badan. Selain makanan yang bertindak dari dalam terdapat juga senaman bagi ibu-ibu samada selepas bersalin atau sebagai amalan harian.
                Senaman ringkas ini ialah apabila bangun tidur pagi, duduk dan luruskan kaki, bongkokkan badan dan cecahkan hujung jari tangan dengan hujung jari kaki. Kemudian bengkokkan kaki kiri dan tarik sebelah kanan dan pusingkan tubuh dan ulangi semula kaki yang sebelah kanan.
                Mengamalkan jamu dari muda dan memakan ulam-ulaman juga akan menjadikan kita awet muda. Antara ulam-ulam yang popular ialah pucuk gajus, daun selom, buah putat, lempoyang dan kunyit hidup. Tetapi kunyit hidup tidak boleh diamalkan selalu kerana ianya boleh mempercepatkan monopous.


KHASIAT DAN KEGUNAAN
Jintan Hitam
                Selain sebagai bahan masakan, jintan hitam juga mempunyai banyak khasiat. Jintan hitam lebih popular bagi masyarakat India. Dari segi perubatan, jintan hitam telah digunakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
                Antara khasiat jintan hitam ialah menguatkan tenaga, mengelakkan penyakit dan mengurangkan kolesterol dengan memakan tujuh biji jintan sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur setiap hari.
                Bagi penyakit kencing tidak lawas, haid tidak lancar ialah dengan menggoreng tanpa minyak dan dijadikan serbuk lalu diminum dengan air panas dan madu.
                Bagi menguatkan tenaga batin ialah dengan memasak susu segar dan dicampurkan dengan jintan hitam dan madu dan diminum sebelum tidur.
                Bagi ibu yang menyusukan anak, jintan hitam boleh membanyakkan air susu dengan memakan tujuh biji sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur.
                Bagi menghilangkan demam selsema dan sakit tekak,  campurkan serbuk jintan dengan perahan limau nipis dan satu sudu besar madu.

Kunyit
                Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat  selain untuk menyedapkan masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.
                Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan seharian. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun lalu.
                Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya ibu lepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai, kunyit digunakan untuk merawat bias patukan ular tedong.
                Dalam ilmu perubatan Hindu, kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatory. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.
                Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu metabolisma lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non-steroidal.

Bawang Putih
                Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui sejak tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.
                Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan. Pekerja yang membina pyramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentery iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
                Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggil allinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1% penisilin.  Oleh itu, bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar tetap akan memberikan perubahan besar kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga digunakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga ejen anti kulat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida Albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20% kulat lain.
                Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk  menyembuhkan penyakit  Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya.
                Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga kaya dengan protein, vitamin A, C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink, kalsium, potassium, sulphur, germanium dan selenium. Kegunaan bawang putih yang lain:-

Ø    Membuang angin
Ø    Menambah dan mengawal selera makan
Ø    Mengurangkan sakit gigi, gusi dan gigi yang longgar
Ø    Merawat batuk dan batuk kering
Ø    Merawat selsema
Ø    Merawat sakit telinga
Ø    Menghalang serangga
Ø    Merawat bisul dengan menuamnya

Lempoyang
                Lempoyang dan cekur banyak kegunaannya. Jika kedua-duanya ditumbuk dan dicampurkan dengan garam jantan ia boleh mengubati gastrik. Campuran antara lempoyang, cekur beserta daun, jerangau daun bonglai, daun pegaga, kayu angin, biji kani, kedawong dan ramuan adas sepuluh sari dan digiling lumat dan diminum airnya boleh membanyakkan air susu ibu yang baru melahirkan. Bagi mengubati keguguran pula campuran lempoyang dengan sedikit akar pinang dan akar kelapa yang belum mencecah bumi dikisar dan diminum airnya.


PETUA ORANG TUA-TUA
Sebenarnya untuk kelihatan cantik tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal. Sejak turun temurun banyak petua yang diamalkan oleh generasi terdahulu untuk cantik dan manis dipandang. Segala yang ada disekeliling kita ada gunanya. Tumbuh-tumbuhan dan bahan asli banyak manfaatnya. Antara beberapa petua yang penting untuk kecantikan ialah:-
1.              Menghilangkan jerawat
Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu hingga lumat. Tepek pada muka dan biarkan kering dan barulah dicuci dengan air yang bersih.

2.             Melebatkan kening
Sapu kedua-dua kening dengan batang pucuk paku yang subur dan masih belum kembang daunnya. Lakukan selama seminggu.

3.              Mulut berbau
Ramas beberapa helai daun sirih hingga hancur. Tapis airnya dan dijadikan kumuran setiap pagi dan malam.

4.             Badan kurus ingin gempal
Minum segelas air masak tengah malam dan segelas lagi waktu subuh.

5.              Menghilangkan bau ketiak
Makan putik limau kasturi pada waktu pagi, tengahari dan malam, amalkan selama 7 hari dan boleh dijadikan amalan harian


Perubatan tradisional adalah warisan turun-temurun yang kian kurang orang mengamalkannya. Perubatan ini tidak menunjukkan kesan tindakan secepat perubatan alopati tetapi mengamalkannya adalah untuk kesejahteraan jangka masa panjang. Perubatan ini  terbukti keberkesanannya kerana generasi lama walaupun sudah tua dan mereka kebanyakannya mempunyai anak yang ramai tetapi mereka kelihatan masih gagah dan cergas berbanding generasi kini yang  mempunyai seorang atau dua orang anak telah mengalami sakit pinggang, buah dada menggeleber, nampak tidak bermaya dan sebagainya.

Ini disebabkan mereka yang terdahulu mengamalkan petua dan menggamalkan perubatan tradisional. Ini kerana sistem perubatan pada masa dahulu kurang, dengan itu mereka terpaksa menggunakan bahan semulajadi sebagai ubatan. Tetapi ternyata ianya member kesan yang memberangsangkan.


Walau apa pun cara perubatan, semua itu adalah dengan izin Allah SWT. Segala apa yang kita lakukan semuanya hendaklah yakin pada kuasa Allah kerana apa yang ada di mukabumi ini adalah dengan kehendakNya.

Wednesday 27 October 2010

PETUA

KEGUNAAN CUKA

CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan:-

Ø  Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan ¼ cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.
Ø  Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran ½ cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
Ø  Bersihkan ketuhar gelobang mikro dengan campuran ½ cawan cuka dan ½ cawan air. Didihkan campuran tersebutkan dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.
Ø  Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas hingga bersih.
Ø  Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran ½ cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.
Ø  Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.
Ø  Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.
Ø  Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permukaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.
Ø  Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.
Ø  Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.
Ø  Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
Ø  Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campuran dua sudu cuka dan ¼ cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

Thursday 30 September 2010

URUTAN TRADISIONAL


Sedikit info untuk dikongsi bersama....

Selepas melahirkan anak, kebanyakan wanita sudah pasti akan mengadu bahawa tubuh badan mereka sudah 'lari'. Tubuh mereka tidak lagi seperti mereka masih anak dara. Selepas bersalin, tubuh terasa menggeleber atau longgar sana sini. Ini tidak termasuk lemak yang terkumpul di bahagian-bahagian tertentu tubuh.
Pada ketika ini ada yang mula mengambil pil-pil kurus dan mengikuti program menguruskan badan di pusat-pusat kecantikan. Ada yang berjaya dan ada yang tidak walaupun duit telah habis beribu-ribu.
Sebenarnya tidak mustahil seseorang wanita itu untuk mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuh mereka. Sekiranya mereka mengikut amalan tradisional seperti berpantang, terutamanya selepas bersalin pasti tubuh mereka akan langsing semula. Apa yang penting adalah kesungguhan dalam diri mereka untuk melakukannya.
Bagi anda yang ingin langsing, mungkin amalan berpantang ini boleh diikuti:-



  1. URUTAN
    Matlamat utamanya ialah untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin. Amalan ini tidak boleh dilewatkan kerana badan akan berasa sengal-sengal sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini. Bahagian yang diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.



  2. BERTUNGKU
    Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan darah kotor dalam badan terutama saki baki darah beku, buang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif daripada bertungku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak daripada biasa. Selama tempoh berpantang, amalan ini perlu dilakukan selama 45 minit setiap pagi dan petang.



  3. BERTANGAS
    Rawatan ini bertujuan untuk membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ia penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan dengan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.



  4. BERBENGKUNG
    Tujuan rawatan ini ialah untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ramping. Anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis pantang terutama ketika waktu makan. Selain dapat mengelakkan masalah perut buncit, ia turut berfugsi untuk mengembalikan kedudukan peranakan.
     

  5. MANDI REMPAH RATUS
    Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada pagi hari ketiga dan akan terus mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang biasa digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, temu pauh dan temulawak. Selain daripada itu, isi halia dan lengkuas turut digunakan.



  6. MEMAKAI PARAM DAN PILIS
    Rawatan luaran juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman. Ini dapat dilakukan dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi. Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Dalam pada itu, kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin, mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.



  7. MINUM JAMU
    Amalan ini dapat membantu memanskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, melawwas pembuangan air besar, menghindar keputihan berlebihan dan menyegarakan tubuh. Walau telah melepasi tempoh berpantang, and digalakkan minum jamu khusus selepas bersalin.

Saturday 20 February 2010

Cerita baru....2010

Lama betul tak menulis... Sibuk ke.. malas ke.. hmm.. Yang pastinya 'malas' menguasai segalanya....hahaha..

Pada 11/2/2010 aku menjalani operation buat kali kedua kat Damansara Specialist Hospital (pertamanya pada April 2008 PUSRAWI) kerana ada cyst kat ovari aku.

Cuma pada kali ni bukan cyst je yang doktor jumpa... ada pulak benda lain yang mengganggu pertemuan tiub fallopian ngan ovari aku... Seems like yellow liquid yang melitupi ruang tu. Sampaikan melekat-lekat hingga ke usus aku... Pelik tul penyakit nih.. Tu yang aku rasa sakit amat sangat masa period hari tu.

Nak kata nanah tak jugak sebab doktor kata kalau nanah aku dah demam teruk. So, mungkin ada kemungkinan infection dari previous operation atau infection dari luar juga.

Kalau dulu memang ada cyst kat ovari kanan and sedikit kat sebelah kiri... Kali ni cyst ada sedikit je kat sebelah kiri tu..
Kedua-dua operation ni cara epidural. Yang bestnye, kali ni aku mmg ngantuk giler... lepas bius je dah lentok. Aku cuma sedar kejap-kejap je.. rasa jugak la perut tu kena godek. Sampaikan doktor bius tu tanye aku mimpi apa tadi... hahaha....  Tak macam kat PUSRAWI dulu sempat lagi aku tengok doktor mengerjakan perut aku kat lampu OT tu.. huhu...
Insya Allah lepas ni takde lagi benda-benda pelik wujud dalam badan ni. Umur pun makin meningkat... Semua tu mengajar erti sayangkan diri sendiri sebenarnya. Lebih menghargai setiap detik yang dikurniakan...Aminnn..

Sunday 3 January 2010

My Section...

10 Great Things to Say to Your Child


  1. You've always been a plus in my life. Tell your child how important she is to you on a regular basis. It's a wonderful thing to hear. For a child to know that she's the best thing to have ever happened to you sets her up fpr life with good feeling about herself.

  2. Telling is OK. When a chile complaints about her campanion's behaviour, she's not "telling tales". She is actually asking how she should handle the situation. Instead of saying, "Don't tell tales," try "Let's see what we can do about this". This will give your child some strategies on how to deal with similar situations in the future should they arise, and it shows her that you are interested in what is happening to her.


  3. I'm very proud of you, you did that so well. For a child to feel that her parents are genuinely proud of her - whether she has simply mastered tying her own shoelaces or has achieved some greater goal - gives her the incentive to try anything. So don't be afraid to praise he often, for even the smallest of achievements.


  4. I said NO. Children need limits and guidance. It's great to treat kids with respect, but they need our maturity to put them on the path to responsible behaviour. Children without boundaries feel insecure and obliged to act beyond their years. It's important to let children be children and leave the ultimate responsibility for themselves to you.


  5. It's all right to cry or feel sad. A common response to a crying child to say: "There, there, don't cry", but this is giving her  the message that cry is weak and that it is better to bottle up her feelings. If she is hurt, physically or emotionally, try saying, "That hurt you, didn't it? You have a good cry until it feels better". Giving children permission to cry allows them to come to terms with their own feelings, and not just our ideas about how they should feel.


  6. It's OK to make mistakes. Remaining calm when your child has split indelible red ink on your white carpet may be beyond you, but helping her to learn that everyone makes mistakes. All children have accidents when growing up. Keep them in perspective or your child will be so scared of making a mistake that she won'tnce to sort feel confident about trying anything.


  7. You're clever to have worked that out. Giving your child the chance to sort things out on her own will give her the confidence to try things. If she tries and fails, you can say: "It's great that you tried. I'm so pleased you did". If she tries and succeeds, you have yet another opportunity to lavish her with praise.


  8. You don't have to do anything. Children these days have every waking hour filled with "meaningful activities". Ballet, art, music lessons, tennis coaching, chess, football training - you name it and children are growing up for it. But, just like adults, children do need time just to be, to think and to wonder. Too much planned activity destroys creativity and the play children need. Saying "Don't do anything" might just startle your child into her own activity.


  9. I like you because you're you. Unconditional love is essential to all of us, and your child needs to feel that she is "just right" as she is - today, this minute, right now. By saying this, you're also saying that your child does'nt have to prove anything to you; it's enough that she is just there.


  10. I love you. These are the best three words in the English language for any child to hear. As parents, we should all use them at least once a day.

Sunday 20 December 2009

ReSEpi

PUDING BERSUSU KOKTEL

Bahan-bahannya:-

60g agar-agar
8 cawan air
400g gula
3 biji putih telur
50g serbuk koko
1 camca teh kastard

Cara-cara membuat puding:-

1.  Masak agar-agar hingga mendidih dan cair. Masukkan 300g gula.
2.  Pukul putih telur dan 100g gula hingga kembang.
3.  Ambil sedikit agar-agar dan gaulkan dengan serbuk koko hingga larut. Kemudian, masukkan ke dalam agar-agar tanpa koko dan kacau hingga sebati.
4.  Masukkan pula putih telur dan kacau rata menggunakan api perlahan.
5.  Apabila putih telur larut dalam agar-agar, masukkan kastard yang dicampurkan sedikit air. Biarkan agar-agar itu mendidih.
6.  Akhir sekali, masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.


Bahan bersusu koktel:-

1 tin buah-buahan campuran koktel
1 tin susu cair
3 tin air (gunakan sukatan tin susu)
200g gula pasir
3 biji kuning telur
3 camca teh kastard

Cara membuatnya:-

Masak dengan api yang perlahan.

1.  Tapis buah-buahan dan campurkan air buah itu bersama susu dan air. Masak hingga mendidih.
2.  Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
3.  Masukkan kuning telur dan kacau hingga larut.
4.  Campurkan kastard dengan sedikit air dan masukkan ke dalam susu.
5.  Akhir sekali sejukkan di dalam peti sejuk.